Dalam sebuah hadis menceritakan, pada
zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas
itu. Pada waktu itu orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah
rukun haji yang sangat penting. Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji
yang sebenarnya kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap
hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan.
Sabda Rasulullah mengatakan :
· "Alhajju Arafat" (Haji itu
wukuf di Arafah)
Rupanya lelaki itu tadi masih belum
mengenali Islam dengan lebih mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa
dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu
itu :
· "Hai batu-batu, saksikanlah
olehmu bahwa aku bersumpah bahwa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad
itu pesuruh Allah."
Setelah dia berkata begitu dia pun
tertidur di situ. Dia meletakkan ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya.
Tidak lama kemudian dia bermimpi seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi
itu jyga dia telah diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah
selesai pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun
pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya.
Tiba-tiba seketika batu kecil yang
dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut. Tetapi mereka tidak
sanggup rupanya. Malaikat azab telah berada di situ. Semua malaikat itu
menolaknya masuk ke pintu neraka tersebut. Tapi sanggup rupanya. Kemudian dia
pun pergi ke pintu lain. Para malaikat itu tetap berusaha hendak memasukkannya
ke dalam neraka tapi tidak berjaya kerana batu mengikut ke mana saja dia pergi.
Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka
didatanginya. Para malaikat yang bertindak akan menyiksa orang-orang yang masuk
neraka berusaha sekuat tenaga untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi
tidak berjaya. Sampai di pintu neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu
menerimanya kerana ada batu yang mengikutinya. Ketujuh-tujuh batu itu
seolah-olah membentengi lelaki itu daripada memasuki neraka. Kemudian dia naik
ke Arasy di langit yang ketujuh. Di situlah Allah berfirman yang bermaksud :
· "Wahai hambaku, aku telah
menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak akan
menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan aku
telah menyaksikan bunyi 'syahadat' yang engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah
engkau ke dalam syurga."
Sebaik saja dia menghampiri pintu
syurga itu, tiba-tiba pintu syurga itupun terbuka lebar. Rupanya kunci syurga
itu adalah kalimat syahadat yang diucapkannya dahulu.
wah, merinding saya... hehehe,,
ReplyDeleteoiya, pertanyaan kamu tentang nambahin tulisan di samping mobil udah saya jawab lhooo.. cek yaa..
sudah saya jawab lagi disini
ReplyDeleteHmm... Artikel yg bagus.
ReplyDeleteSubhanallah...
ReplyDelete